Cuci muka
sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Mencuci muka adalah wajib
sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu anda
cuma melepak di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda
tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan
bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka ala kadar, sekadar
basuh dengan air macam P. Ramlee.
Cuci muka dengan air suam,
diikuti air sejuk
Untuk mendapatkan kulit
yang cantik, basuh muka dengan air suam. Tujuannya untuk membuka
pori-pori supaya kotoran yang melakat di dalam liang pori dapat dibersihkan
semasa kita mencuci muka. Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci
muka sudah dibersihkan, bilas dengan air sejuk.
Tujuan membilas dengan air sejuk
ialah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka
Penyegar atau toner
Selepas anda mencuci muka dengan
bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk
memakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori
yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak
terbuka?
Liang pori yang terbuka akan
menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara.
Segala jenis bendasing yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan
masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat.
Selain menutup liang pori, toner
juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal
diwajah, terutamnya jika anda jenis wanita yang bermakeup.
Sekarang anda dah faham
betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit
yang cantik dan berseri.
Serum atau essence
Selepas toner, anda
boleh sapukan serum atau essence ke wajah. Serum dan essence membantu
memberikan anda wajah yang cantik berseri. Jika anda berumur 25 tahun ke atas,
pilih serum atau essence yang mempunyai fungsi anti penuaan.
Pelembab
Pelembab adalah sangat penting
jika anda inginkan wajah yang cantik, berseri, dan awet muda. Tahukah anda?
Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan
disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari.
Ramai yang beranggapan bahawa
kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama
sekali. Anda wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan,
terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut
lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita
sedari.
Pelindung UV
Tak kira sama ada anda sentiasa
berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, pelindung uv
adalah wajib untuk anda. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita
semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan
kulit.
Oleh itu, pastikan kulit wajah
anda sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.
Elakkan produk yang
mengandungi bahan kimia merbahaya
Terdapat lambakan produk
kecantikan di pasaran. Jenama produk penjagaan kulit bertambah setiap hari
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa pun jenama pilihan anda, pastikan
iaanya selamat dari bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet merbahaya.
Tiada gunanya kalau kulit anda
flawless dalam masa 3 hari, tapi akibatnya kulit muka anda rosak apabila
berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah kalau organ dalaman anda rosak
atau kandungan anda gugur disebabkan bahan kimia beracun yang anda sapu ke
wajah.
8 gelas Air kosong
Nak cantik? Pastikan anda minum
sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.Pengambilan air kosong yang
secukupnya akan memastikan kulit muka sentiasa segar dan tidak kering. Ingat
tau, kulit kering akan lebih cepat berkedut.
boleh la lepasni ikut tips admin untuk saya kelihatan glowing...
ReplyDeleteBoleh sis. Hahahahaha xD
Deletepasni admin glowing kaw2 XD
ReplyDeleteyaaaaaaa. HAHAHAHAHA xD
Delete