Tips Penjagaan Muka Yang Semua Wanita Wajib Tahu
Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari Mencuci muka adalah wajib sekiranya anda inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu anda cuma melepak di rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, pastikan anda tetap mencuci muka. Mencuci muka yang kami maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka. Bukannya cuci muka ala kadar, sekadar basuh dengan air macam P. Ramlee. Cuci muka dengan air suam, diikuti air sejuk Untuk mendapatkan kulit yang cantik, basuh muka dengan air suam. Tujuannya untuk membuka pori-pori supaya kotoran yang melakat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka. Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci muka sudah dibersihkan, bilas dengan air sejuk. Tujuan membilas dengan air sejuk ialah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka Penyegar atau toner Selepas anda mencuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah dan jangan lupa untuk memakai toner atau